Saturday, April 11, 2020

Adakah kita kelompok munafiq Essays - , Term Papers

Adakah kita kelompok munafiq? , , Tsauban radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: " , , Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan kebaikan yang umpama gunung Tihamah. " Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan. : , , , Tsauban berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari. : " Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam menjawab: Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu. , Mereka mengambil mengambil waktu malam (sebagai waktu beribadah) sebagaimana kamu mengambil waktu malam (untuk beribadah padanya) Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan lalu mereka pun melakukan perkara yang haram itu. [Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4243] ? Mereka itu termasuklah orang-orang yang ketika bersendirian mereka menonton filem-filem yang haram. ? Mereka melawat laman-lama pornografi di internet. ? Mereka menggunakan identiti yang lain ketika ber'chatting' dengan bukan mahram. ? ? ? ? Kemudian, kalian melihat mereka pada zahirnya sangat istiqamah dalam kebaikan sama ada dalam sudut berpakaian, solat dan puasa. ? Hadis ini merupakan amaran kepada mereka ditakuti perlakuan mereka itu sebenarnya perlakuan orang munafiq. ? Dan juga amaran kerana ditakuti mereka itu musuh kepada iblis secara zahir, tetapi rakan kepada iblis secara rahsia. http://www.islamqa.com/ar/ref/134636 Membaca hadis di atas membuatkan kita terdiam. Apakah kedudukan kita di akhirat kelak. Kita semua mempunyai rahsia-rahsia hitam yang hanya diketahui Allah. Ketika kita duduk seorang diri di dalam bilik, menghadap komputer riba. Kita membuka laman sosial, menatap satu persatu wajah-wajah 'indah dan cantik' si gadis yang bukan mahram. Sedangkan di luar kita sering mengajak manusia menundukkan pandangan. Kita di luar hebat penampilannya, yang lelaki berjanggut panjang mengikut sunnah, berseluar singkat kerana takut dijamah api neraka. Berjalan menundukkan pandangan, mahu bertegur sapa dengan Muslimah segan rasa di jiwa. Yang Muslimah sungguh sopan penampilannya. Tiada hiasan menghiasi wajahnya, tiada wangian yang merosakkan jiwa penghidunya. Tiada gurau senda dengan si jejaka. Al-Quran, zikir semuanya terzahir padanya. Tetapi tatkala bersendirian, semuanya hilang begitu sahaja. Seolah-olah tiada Allah yang memerhatikan segala apa yang dilakukan. Movie ditonton tanpa rasa berdosa, muzik didengar menjadi halwa telinga. Foto-foto bukan mahram ditatap dengan ceria. Resah, gelisah, takut, gerun, putus asa! Siapakah yang akan terselamat daripada amalnya menjadi debu jika inilah hasilnya? Siapakah di antara kita yang selamat daripada maksiat ketika tidak dilihat manusia? Membuka penjelasan para ulama', sedikit melegakan jiwa, walau masih tidak aman sepenuhnya. Para ulama' menjelaskan, hadis di atas perlu dibaca sekali dengan hadis di bawah agar difahami maksudnya. : : Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda ? Setiap umat ku akan dimaafkan kecuali golongan yang menyebarkan (tentang dosa-dosa yang mereka lakukan) : Sesungguhnya antara perbuatan al-Mujaharah ialah seseorang melakukan dosa di waktu malam, dan Allah telah menutup dosanya (daripada diketahui orang lain), lalu orang tadi di waktu pagi berkata: ) Ya Fulan! Aku telah melakukan itu dan ini semalam. Sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan Tuhannya menutupkan dosanya itu, tetapi dia bangun pada waktu pagi lalu membuka apa yang telah Allah tutupkan. ( 5721) ( 2990 ( [Sahih al-Bukhari : 5721 dan Muslim : 2990] ? ? ? . Hadis Tsauban adalah berkaitan orang munafiq, manakala hadis Abu Hurairah berkaitan dengan orang Islam. Maka tiada pertentangan antara kedua hadis ini apatah lagi nifaq yang dimaksudkan di sini adalah nifaq amali yang mana sifat nifaq ini tidaklah menafikan hubungan persaudaraan sebagai saudara seagama. Yang dimaksudkan dalam hadis Tsauban adalah mereka yang melakukan maksiat ketika bersama kelompok-kelompok dan rakan-rakan maksiat, dan bukan ketika bersendirian sahaja. ( )